Apakah Punca Sebenar Yang Menyebabkan Kolestrol Tinggi Dalam Darah?
# Pemakanan :
Mengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatkan kadar kolestrol. Contohnya seperti telur, keju, minyak masak, kuih muih, dan pelbagai jenis makanan bergoreng.
# Berat badan :
Tumpuan lemak di bahagian perut dan pinggang bukan sahaja menyukarkan anda untuk memilih saiz seluar yang sesuai, malah ia juga meningkatkan kadar triglisedira dan menirinkan HDL atau kolestrol baik.
# Aktiiviti harian :
Kurang melakukan aktiviti atau kurang bersenam akan meyebabkan peningkatan kadar LDL (kolestrol jahat) dan mmerendahkan tahap HDL (kolestrol baik)
# Usia dan jantina :
Mencecah umur 20 tahun, kolestrol mula meningkat melainkan anda mengamalkan aktiviti dan pemakanan yang mencegah kenaikan tahap kolestrol. Golongan lelaki lebih cenderung mempunyai tahap kolestrol yang tinggi berbanding wanita.
# Tahap Kesihatan :
Mempunyai penyakit lain seperti diabetis atau hipotiroid berisiko unutk peningkatan tahap kolestrol. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bagi mengelak risiko penyakit lain.
# Sejarah Keluarga :
Sesetengah orang masih memiliki kadar kolestrol yang tinggi walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Faktor keturunan juga mempengaruhi masalah kolestrol tinggi.
# Merokok :
Pastinya anda sendrii sedar akan keburukan merokok. Selain merosakkan paru-paru, merokok juga mampu menurunkan tahap kolestrol baik dalam darah.
0 ulasan:
Post a Comment