BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 22 July 2017

PRODUK KESIHATAN - JUS TOK MA

PETUA PENAWAR JANTUNG DAN KOLESTROL SIHAT!!
NAK SIHAT, CERGAS DAN AKTIF DALAM MASA YG SINGKAT DENGAN BAHAN SEGAR SEMULAJADI?
"JIMAT Masa, Wang & Tenaga …"
Subhanallah, admin terbaca di wall seorang sahabat di fb tentang petua supaya arteri tak tersumbat. Selepas amalkan selama seminggu, beliau yang ada penyakit dalaman dapat rasa perubahan yang positif. Rasa 'berat' di tengkuknya dah hilang
Caranya ialah:
1. Halia bara
2. Bawang putih
3. Halia biasa
4. lemon
5. Cekur
6. Madu asli
kesemua bahan -bahan ni di rebus sekali gus secara perlahan-lahan selama 8 jam sehingga 1/4 air rebus menjadi kurang.
amalkan 2 sudu waktu pagi setiap hari.
-------------------------------------------------------------
Atau, kami telah botolkan untuk anda!
JIMAT MASA DAN TENAGA,
order dan terus minum shaja
Order Sekarang!!
Wasap skrg
013-9999647 (azwa)
013-9999647 (azwa)
click link kt bawah utk whatsapp sy terus tanpa save no fone sy
-->> http://www.wasap.my/60139999647
whatsapss kami utk Maklumat & PROMOSI TERKINI!
Murah jika order harini!











Tuesday 4 April 2017

04/04/017

4/04/2017



Bertambah sudah usiaku pada hari ini.Bertambahnya usia ini,akan bertambah pula tanggungjawab aq didunia ini.Mudah-mudahan aq selalu diberikan kekuatan untuk menghimpun & memberikan lebih banyak manfaat kepada semua sebagai bekal aq kelak di akhirat nanti.Amin

Terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga & teman-teman semua baik secara online mahupun offline memberikan ucapan ini kepada ku.Semoga doa tersebut juga dilimpahkan untuk keluarga & kamu semua.Semoga  Allah selalu melindungi kita,memberi kesejahteraan & kebahagiaan dunia akhirat.

Ya Allah,
Hari ini tiba juga aq di usia ini
Hari ini di mana aq harus menjadi lebih bijaksana
Hari ini di mana aq harus menjadi lebih dekat denganmu
hari ini di mana aq boleh menjadi teladan kepada orang lain

Ya Allah,
Panjangkanlah usiaku agar hidupku menjadi lebih bermanfaat kepada orang lain
Panjangkanlah usiaku agar aq dapat membimbing keluargaku menuju ke syurgamu
Panjangkanlah usiaku agar aq dapat lebih bersyukur atas nikmat & rezeki yang engkau anugerahkan kepadaku.

Monday 20 March 2017

Ini Punca Sebenar Retaknya sesuatu perhubungan


Sudah hampir 6 tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.



Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.



Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.



Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.



BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN



Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.



Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.



Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih2)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.



Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.



JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC



Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.



Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.



WHATSAPP GROUP



Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.



Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.



Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.



MATA SEORANG LELAKI



Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”



Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.



Nafsu ni memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-sama lah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.



ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN



Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.



KESIMPULAN



Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.



Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah.

Tuesday 7 February 2017

Dalam sujudku


Dalam sujudku , terdiam seketika , apa sebenarnya yg aku cari selama umurku 20an , bahagia - kaya - sederhana - anak dan bermacam bermain di fikiranku , apa sebenarnya hidup aku - siapa aku - jawapan belum kutemui kerana dia yg esa menjetik jiwaku yg kosong .

Monday 16 January 2017

hihihi KENANGAN TUU... =)







Legend😂



Kemas gambo jupe kenangan ni hahaha4 gigih, gigih tido , gigih jalan, gigih kne maroh, gigih kena denda, gigih bawok pale sdri tapi nasib baik cg Jaa Kadir gigih didik & faham anak murid





HAAA!!!
KALAU KORANG BERANI CUBE TEKA AQ YANG MANA SATU????

                      SEKALI J TAU...HA HA HA

Saturday 14 January 2017

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum

💪Kalau nak berbisnes jangan fikir rugi sekarang,fikirlah untung akan datang..

💪Kalau nak berniaga jangan fikir takut orang tak suka. Fikir di mana pula silapnya..

💪Kalau nak berjaya jangan nak banyak berdalih. Belum usaha dah kata takkan berjaya..

😅Usaha entah kemana dah pasang niat nak kaya raya..

😅Berniaga entah apa² dah berniat nak berjaya..

💰Simpan duit tak semestinya boleh kaya..
💰Hilang duit bukan boleh miskin sampai bila²..

Jadi fikirkanlah nak berjaya kena ada usaha, nak kaya raya kena percaya, mencuba..dan buat😊
السلام عليكم
Selamat Pagi Sahabat² hati ❤

Saya doakan moga sahabat2 sihat, ceria, kaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin 😊